
nliyana.aqilahmn
5 tahun
Sakit perut bawah kiri
Saya sakit perut bahagian bawah kiri dan seterusnha sakit pinggang. Everytime meniarap dia sakit sangat rasa macam perut bergerak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,sakit perut kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sembelit
- usus tersumbat
- jangkitan saluran kencing
- batu karang
- sakit otot
- hernia (angin pasang)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.