
Sulit
4 tahun
Sakit perut belah kiri hingga ke pinggang
Saya umur 29tahun,wanita, dan dah berkahwin. Untuk 2 hari ni rasa tak sedap perut, rasa ada angin dekat perut,rasa nak muntah, sakit belakang hingga tangkap pinggang sakit. Kenapa ye?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan organ dalaman (limpa, pankreas, buah pinggang, dll.)
- jangkitan kuman
mahupun kondisi tubuh yang lain seperti
- tanda-tanda awal kehamilan
- alahan atau keracunan makanan
- gangguan hormon atau organ wanita
- perkara lain yang memerlukan pemeriksaan lanjut
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.