
zikriputeri8
5 tahun
Sakit perut biasa atau berisi?
Saya wanita berumur 18 tahun… Saya telah bersama boyfriend saya seminggu lepas… Dia tidak memasukkan ke dalam faraj saya tetapi dia tembak mani atas badan saya…adakah saya boleh mengandung? Saya panik. Saya sudah test prenancy seminggu garis satu saja…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada risiko kehamilan. Namun, jika anda ingin mengelakkan kehamilan, anda disarankan untuk mengambil perancangan keluarga.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.