Sulit
3 tahun
Sakit perut Dan berak berdarah adakah ia Ada berkaitan dgn gastrik
Saya berumur 18 thn
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala berak berdarah antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori (sakit perut dan berak berdarah)
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Beberapa soalan perlu diajukan untuk mengenalpasti punca masalah anda seperti darah yang ada pada najis adakah banyak, memenuhi jamban, menitis, atau najis berwarna hitam dan macam-macam lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.