
Sulit
4 tahun
Sakit perut dan hilang selera makan
Salam sejahtera. Sy norain berumur 28 thn telah berkhawin selama 2 thn, beberapa hari lepas sy sudah habis haid, then sy bersama dgn suami sy… Then harini drpd pg terasa mcm senggugut, selera mkn tetiba hilang, perut terasa senak…sampai mlm ni masih terasa…knp ye sy blh jadi mcm ni…2 thn lepas jugak sy ade buat bypass gastrik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan maklumat lanjut adalah diperlukan. Namun begitu, berikut merupakan antara sebab-sebab yang mungkin dapat menjelaskan keadaan yang anda alami:
- Keracunan makanan
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Kanser perut atau usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.