
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan muntah muntah
Saya perempuan berumur 19 tahun, saya mengalami cirit birit dan muntah selepas makan sayur bersama sambal buah semalam. Adakah saya keracunan makanan atau ada alahan?Saya kerap memakan makanan pedas. Dan saya juga selalu mengalami perut sakit seperti perut yang penuh dan kembung selepas beberapa jam makan. Adakah kesan daripada saya memakan makanan pedas?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan anda, kami memahami bahawa anda mengalami gejala cirit birit, muntah serta sakit perut. Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan
- Gastrik
- Ulser perut
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius seperti:
- Divertikulum
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor