Sulit
3 tahun
Sakit Perut dan Pedih Perut Berpanjangan
Hi, saya mengalami sakit perut yang berpanjangan sejak 4 hari yang lalu.Perut saya selalu rasa menyucuk dan tidak selesa dan kadang-kadang rasa ingin membuang air besar. Selepas makan, perut saya akan rasa pedih. Boleh saya tau punca masalah ini kerana sebelum ini, tabiat buang air saya normal setiap hari. Thank you!
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Endometriosis - sel lapisan dinding rahim yang tumbuh di organ lain
- Fibroid dalam rahim - apabila ia membesar ia boleh memberik tekanan pada rahim (skait) dan masalah kencing
- Jangkitan saluran/pundi air kencing
- Keradangan usus
- Keracunan makanan
- Prolaps rahim - struktur penahan rahim tidak kuat dan menyebabkan kejatuhan struktur rahim
- Keradangan appendiks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.