
Sulit
5 tahun
Sakit perut dan pedih ulu hati ketika hamil 3 bulan
Hai doktor…saya berusia 24 tahun dan sedang hamil 3 bulan anak pertama.Saya kerap sakit perut dan pedih ulu hati.Adakah itu simtom normal ketika hamil?apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk atasi masalah ini?

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang yang boleh menyebabkan sakit perut ketika hamil. Antaranya ialah:
PERUT BERGAS
Perut bergas mungkin boleh disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon progesteron, yang dapat menyebabkan otot-otot saluran pencernaan ibu bekerja lebih lambat.SEMBELIT
Masalah sembelit ini berkait rapat dengan masalah gas yang menyebabkan punca saluran pencernaan yang kurnag efisyen, seperti diterangkan di atas.KEHAMILAN LUAR RAHIM / EKTOPIK
Salah satu tanda sakit perut yang bahaya adalah kehamilan ektopik, iaitu kehamilan yang berkembang di luar rahim.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.