Anonymous
4 tahun
Sakit perut dan pedih ulu hati sehingga membuatkan saya sukar untuk bernafas
Sy wanita berusia 21 tahun…sy kerap mengalami sakit perut dan pedih ulu hati yang membuatkan saya susah untuk bernafas…dan rasa loya…sampai sekarang sy masih mengalami sakit nii…dah masuk 4hari…perut sy makin bertambah sakit bila terkena angin kipas …menyebabkan sakit itu membuatkn makin terasa pedihh ulu hati…sy try makan ikut time…tapi tetap sakit jugak perut sy…mmbuatkn sy hilang selera makan…sebelum ni pun sy pernah mengalami sakit seperti ini…tapi tak sekerap macam sekarang 4hari berturut2…dan satu lagi…saya juga kerap bila buang air besar keluar darah…sy mohon penjelasan daripada doktor untuk sakit ini…terima kasih…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala najis berdarah yang anda alami:
- Buasir yang anda alami semakin teruk
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Berdasarka gejala-gejala lain yang anda nyatakan, anda harus segera berjumpa doktor.
Untuk mengetahui punca sebenara masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan gejala sakit perut dan pedih ulu hati seperti yang anda hadapi. Antaranya:
- Gastritis
- GERD (Asid refluks)
- Ulser perut
Tentang gejala buang air besar berdarah, ia boleh disebabkan oleh luka pada perut anda akibat gastrik atau ulser yang teruk. Selain itu, ia boleh berpunca daripada masalah buasir, radang usus atau kanser usus.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.