Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit perut dan pedih ulu hati sehingga membuatkan saya sukar untuk bernafas

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Julai 19, 2019 1:26 AM

Anonymous 12 bulan

Sy wanita berusia 21 tahun…sy kerap mengalami sakit perut dan pedih ulu hati yang membuatkan saya susah untuk bernafas…dan rasa loya…sampai sekarang sy masih mengalami sakit nii…dah masuk 4hari…perut sy makin bertambah sakit bila terkena angin kipas …menyebabkan sakit itu membuatkn makin terasa pedihh ulu hati…sy try makan ikut time…tapi tetap sakit jugak perut sy…mmbuatkn sy hilang selera makan…sebelum ni pun sy pernah mengalami sakit seperti ini…tapi tak sekerap macam sekarang 4hari berturut2…dan satu lagi…saya juga kerap bila buang air besar keluar darah…sy mohon penjelasan daripada doktor untuk sakit ini…terima kasih…

Dr Sri Viknarajan 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala najis berdarah yang anda alami:

  • Buasir yang anda alami semakin teruk
  • Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
  • Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
  • Rectal ulser
  • Masalah pendarahan
  • Kanser usus

Berdasarka gejala-gejala lain yang anda nyatakan, anda harus segera berjumpa doktor.

Untuk mengetahui punca sebenara masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jul 19 2019 01:26:41 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan gejala sakit perut dan pedih ulu hati seperti yang anda hadapi. Antaranya:

  • Gastritis
  • GERD (Asid refluks)
  • Ulser perut

Tentang gejala buang air besar berdarah, ia boleh disebabkan oleh luka pada perut anda akibat gastrik atau ulser yang teruk. Selain itu, ia boleh berpunca daripada masalah buasir, radang usus atau kanser usus.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jul 19 2019 01:29:39 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Sakit Perut dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Cirit birit dah sakit perut seperti berangin Sy wanita baru 17 tahun… saya mengalami sakit perut seperti berangin dan berak cecair Serta tidak normal … ini sudah debulan tapi still macam Ni walaupun dah GI check klinik Baca lagi...
5 hari
Sulit
Perut tidak selesa,sakit dada dan terasa ada sesuatu bergerak dalam perut perut sye salalu tidak selesa dan terasa ada sesuatj bergerak dalam perut sye,dada sye juga turut rse sakit dan ia menganggu sye utk tido,sye harap doctor dapat baca dan terangkan kepada sye,sye… Baca lagi...
33 hari
Sulit
Perut sentiasa kembung, padat, sebu Dan semakin membesar Salam sejahtera. Dr Saya memerlukan pandangan doktor. Perut Saya semakin Hari semakin besar , kembung, sebu setiap Hari. Period Saya normal setiap bulan. Saya risau jika ianya kanser. Tetapi Say… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Angin berlebihan di dalam badan yang menyebabkan kehidupan seharian saya terganggu. Bantu saya doctor untuk selesaikan masalah ini Hi, saya mengalami angin berlebihan di dalam badan sudah hampir 3 bulan. Pelbagai ubat dan cara telah saya ambil namun hanya bertahan sehari dua sahaja dan kemudian ia datang kembali. Kepala say… Baca lagi...
35 hari
Sulit
Perut sentiasa sakit Hi doc sy ada masalah skit dalam perut… Sakit perut tu rasa macam dicucuk… Kdang² rasa macam perot kefem… Adakah ia normal Baca lagi...
18 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi