
angelcasey63
5 tahun
Sakit perut dan tiada selera makan
Anak saya umur 8 tahun mengadu sakit perut,peninh dan tiada selera makan…bahagian yg sakit d atas pusat,lbh kurang dkt dgn ulu hati…sdh 3 hari x buang air besar sebab kurang makan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat banyak jenis sakit perut berdasarkan penyebabnya. Sakit perut dibahagikan kepada dua iaitu akut dan kronik. Penyebab sakit perut dibahagikan kepada penyebab akut dan penyebab kronik. Penyebab akut sakit perut adalah :
- Sembelit
- Apendiks
- Keracunan makanan
Penyebab sakit perut kronik seperti :
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.