
Anonymous
6 tahun
Sakit perut dibahagian kiri
Saya wanita berusia 20 an, saya sering sakit dibahagian kiri perut. Saya juga jarang buang air besar belakangan ini. Saya fikir saya sembelit namun selepas makan buah betik dan ubat sembelit kejadian itu masih terjadi.

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Berkenaan dengan pertanyaan anda, masalah sembelit berterusan boleh menyebabkan sakit di bahagian badan, terutamanya bahagian kiri. Cik hendaklah mengambil langkah langkah untuk mengelakkan sembelit seperti
- minum air banyak
- makan makanan yang mengandungi serat seperti buah buahan dan sayur sayuran
- elakkan/kurangkan pemakanan daging merah
Jika keadaan Cik masih berterusan, adalah dinasihati untuk mendapatkan pandangan doktor secara face to face consultation supaya doktor dapat membuat pemeriksaan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.