Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit perut disebelah kiri dan buang air besar sehingga berdarah

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Oktober 13, 2020 7:33 AM

Sulit 47 hari

Saya remaja berumur 17 tahun. ketika pagi saya bangun tidur perut disebelah kiri saya sakit. dan hendak membuang air besar. ketika membuang air besar, darah menitis begitu banyak. selepas itu, saya sukar berjalan kerana perut dibahagian kiri saya sakit. dan verasa mual ingin muntah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 47 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit perut dibahagian kiri serta mengalami najis yang berdarah. Untuk makluman anda, gejala najis yang berdarah khususnya menitik ini adalah dikenali sebagai Hematochezia, iaitu najis yang disampingi dengan pendarahan dalam bentuk cecair (segar).Terdapat beberapa perkara atau penyakit yang boleh dikaitkan dengan simptom-simptom anda tersebut iaitu:

  • Keradangan pada usus (Colitis) ataupund (Inflammatory bowel disease).
  • Ketumbuhan kantung-kantung kecil pada dinding usus (Diverticular disease) yang boleh menyebabkan keradangan jika terdapat isian yang tersangkut
  • Ketumbuh ulser pada perut atau usus
  • Ketumbuhan polip, iaitu sejenis ketumbuhan jinak pada usus tetapi mempunyai risiko tinggi untuk menjadi kanser usus.
  • Kanser usus
  • Buasir atau fisur anal (sakit perut tidak terlibat).

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar usus bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya bagi masalah anda. Sementara itu, kami sarankan anda untuk mengawal pemakanan anda dan kurangkan makanan pedas, kopi, kurangkan merokok dan alkohol.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Dikemaskini pada: Tue Oct 13 2020 07:33:45 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang sakit perut secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Apa itu usus tersumbat Saya lelaki berumur 21 tahun ingin mengetahui apa itu usus tersumbat dan penyebabnya. Adakah usus tersumbat boleh menyebabkan penyakit appendiks terjadi ? Baca lagi...
12 hari
Sulit
Kerap sakit perut kadangkala seakan senggugut Saya wanita dan berumur 25tahun. Saya sering mengalami sakit perut kadang agak serius dan boleh dikatakan hampir setiap hari . Adakah itu normal ? Baca lagi...
6 hari
Sulit
Sakit bahagian pusat Saya lelaki ingin mengetahui sebab sakit di bahagian pusat ? Baca lagi...
4 hari
Sulit
Kanser usus atau mind set Saya wanita berumur 25tahun, ibu saya baru sahaja meninggal dunia disebabkan sakit kanser usus. Dapat tahu masa stage4 dan 6bulan selepas itu ibu pergi. Selepas saya tahu arwah ibu disahkan meng… Baca lagi...
6 hari
muhdimran999.mi
Terasa ingin membuang air besar tp bila ke tandas tiada najis yg keluar salam doc, saya berumur 22 tahun. saya selalu rasa ingin membuang air besar tp bila ke tandas tiada najis yg keluar. tp rasa ingin membuang air besar masih lg x hilang, selalu keluar najis hanya pagi … Baca lagi...
3 hari