
Sulit
4 tahun
Sakit perut kanan atas bila ditekan
Assalam dan hai doktor. Saya sebelum ini mengalami gastrik tetapi kali ini saya hadapi gastrik sekali lagi dan perut kanan atas terasa sakit bila ditekan. Sekarang ni saya hadapi masalah kurang nafsu makan dan loya. Bila kurang nafsu makan, gastrik menyerang semula. Apakah puncanya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan masalah yang anda perihalkan di atas, terdapat kemungkinan bahawa masalah gastrik anda telah menyebabkan beberapa komplikasi akibat asid perut yang tidak terkawal dalam perut anda. Namun, kurang nafsu makan dan perasaan loya ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori.
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut (Viral gastroenteritis)
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Pada pendapat kami, masalah anda ini lebih disebabkan oleh ketumbuhan ulser pada perut (Peptic Ulcer) akibat iritasi asid dalam perut anda setelah sekian lama. Ini adalah kerana sakit gastrik anda ini akan menjadi lebih sakit jika anda berlapar (akibat kurang selera makan) seperti yang anda perihalkan:
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi mengelakkan komplikasi yang tidak dinginkan seperti perut bocor atau ketumbuhan kanser pada perut. Sila jaga jenis pemakanan anda dengan lebih berhati-hati dan kurangkan merokok dan meminum alkohol sekiranya ia terlibat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.