
Sulit
3 tahun
Sakit perut,loya dan cirit birit
Hi doktor,saya perumpuan berumur 29,waktu subuh tadi saya mengalami sakit perut teramat menyebab saya terbangun dan cirit birit,waktu tu badan saya juga berasa sejuk hingga gigil tetapi telinga saya terasa amat panas dan saya juga terasa ingin muntah waktu tu,sehingga sekarang saya tak da selera makan langsung tak da makan, perut berasa sakit dan loya,badan lemah letih muka pucat badan terasa sikit panas… dari subuh hingga sekarang saya telah cirit birit 7 kali,najis saya langsung air yang berwarna kuning,harap doktor beri keterangan,thanks you

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang kesakitan perut, loya dan cirit birit. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan kuman atau virus pada usus
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease seperti ulcerative colitis dan penyakit Crohn
- Kanser
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum gejala gejala tersebut mengundang komplikasi yang lebih teruk. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.