Sulit
2 tahun
Sakit perut, loya, muntah, cirit birit, hilang selera makan
Hello, Sy terkena symptom ini dh 3 hari disebabkan saya berhenti dari hisap pod, dan liquid itu adalah thc, soalan sy, apakah lngkah terbaik untuk sy cegah sakit ini? Berapa lama yg sy perlukan untuk betul2 sembuh dri sakit ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit perut, loya, muntah, cirit-birit dan hilang selera makan selama 3 hari selepas menghentikan penggunaan pod. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh berpunca daripada masalah pada sistem penghadaman seperti :
- Akut gastroenteritis
- Gastrik
- GERD
- Alahan atau intoleransi makanan
Namun, anda memaklumkan bahawa gejala anda bermula apabila anda menghentikan penggunaan pod. Maka, gejala anda juga boleh berpunca daripada withdrawal symptom disebabkan oleh nicotin. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda serta rawatannya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk bantuan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.