
bearundut
5 tahun
Sakit perut macam kena cucuk
Saya baru berumur 18tahun . Saya selalu sakit perut macam yg kena cucuk di bahagian kiri. Bila saya lapar sakit dia tu sampai sakit dada sesak nafas . Bila saya dah mkan. Walaupun mkan sikit jak ala kadar sakit dia tu mcam yg kena cucuk jak bahagian kiri perut. Klau sya mkan dgan trlalu knyang pun begitu. Saya malas check di hospital. Sebab selalu kena bagi ubat gastrik jak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, punca kesakitan yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Masalah asid refluks
- Gastrik
- Ulser perut
- Makan terlalu banyak atau makan makanan yang pedas juga boleh menyebabkan sakit perut seperti yang anda alami
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.