
Anonymous
6 tahun
Sakit perut macam senggugut pada awal kehamilan
Saya wanita berumur 25 tahun. Baru sahaja berkahwin pada bulan April 2019 dan disahkan positif mengandung pada bulan Jun 2019. Persoalan saya, adakah normal jika pada awal kehamilan ini saya mengalami sakit perut seakan senggugut dibahagian bawah pusat, dan juga berasa sakit pinggang? Mohon jawapan dari doktor, sekian terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat beberapa punca yang yang boleh menyebabkan sakit perut ketika hamil. Antaranya ialah:
- PERUT BERGAS
Perut bergas mungkin boleh disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon progesteron, yang dapat menyebabkan otot-otot saluran pencernaan ibu bekerja lebih lambat. - SEMBELIT
Masalah sembelit ini berkait rapat dengan masalah gas yang menyebabkan punca saluran pencernaan yang kurnag efisyen, seperti diterangkan di atas. - KEHAMILAN LUAR RAHIM / EKTOPIK
Salah satu tanda sakit perut yang bahaya adalah kehamilan ektopik, iaitu kehamilan yang berkembang di luar rahim.
Sekiranya gejala ini berterusan atau mengalami simptom-simptom lain seperti pendarahan yang banyak,rasa pening sila rujuk ke klinik dengan segera untuk membuat pemeriksaan lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih