
Sulit
3 tahun
Sakit perut masuk angin dan bawah perut
Saya wanita brumur 22 thn telah mengalamai tiba - tiba sakit perut yang masuk angin dan sakit bawah perut begitu, saya hendak brtanya apakah maksud penyakit tersebut tetapi saya belum lagi dtg bulan. Selain itu, saya mengalami tiba-tiba tiada keputihan di kemaluan saya selama ini selalunya ada apakah maksudnya juga? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami sakit pada bahagian perut serta sensasi masuk angin pada perut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak organ pada abdomen yang boleh menyebabkan gejala anda. Contohnya adalah:
- Ulser perut
- Radang appendiks
- Jangkitan pada sistem pencernaan
- Fibroid
- Kehamilan normal atau ektopik
- Endometriosis
Senarai berikut merupakan diagnosis umum sahaja. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Manakala, keputihan adalah lendir mukus normal yang melindungi vagina anda. Ketiadaan keputihan boleh disebabkan oleh kitaran haid normal terutama sekali jika anda menghampiri fasa pendarahan haid. Ia juga boleh diakibatkan oleh:
- Pil perancang keluarga
- Jangkitan pada vagina
- Penyakit kelamin (STD)
- Menopause
Bagi maklumat lanjut, kami saranakan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini memebantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan