
Sulit
2 tahun
Sakit perut, mual, pening kepala
Saya berumur 16 tahun. Saya kerap menghidap sakit perut sampai saya tak dapat berdiri dengan tegak serta mual mual dan pening kepala yang sangat kerap

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan gejala sakit perut, mual dan sakit kepala. Kami akan sedaya upaya memberi jawapan yang tepat tentang punca punca mengapa anda berasa sedemikian.
Pertama sekali, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis akut- boleh mengambil 2-10 hari untuk sembuh
- Gastroespohageal reflux disease (GERD) apabila asid perut naik ke esofagus
- Peptic ulcer disease adalah apabila terdapat luka perut
- Infectious gastroenteritis akibat jangkitan
- Chronic appendicitis
- Lactase deficiency iaitu kekurangan sejenis enzim perut
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.