Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit perut , najis berdarah, muntah dan pening

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: September 16, 2020 4:29 PM

Sulit 39 hari

Saya wanita dan berumur 18 tahun . Sakit yang saya hadapi dah dekat setahun lebih . Sakit saya iaitu saya akan sakit perut yang amat sangat bila makan makanan pedas . Kadang2 sampai buang air besar berdarah . Dalam masa yang sama saya sakit perut , lepas tu saya akan berasa loya nak muntah dan pening2 .

Dr Sashini Seeni 38 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, makanan pedas mengandungi ‘capsaicin’. Bahan ini menyebabkan lapisan perut dan usus anda merengsa. Apabila anda makan makanan yang pedas, otak anda akan mentafsir dalaman anda sedang terbakar. Seperti apabila cili pedas terkena tangan anda, anda akan berasa pedas lalu mencuci dengan air. Oleh itu, otak anda akan mengeluarkan hormon endorfin iaitu bahan kimia dalam badan yang berfungsi sebagai penahan sakit. Maka, apabila anda makan makanan yang terlalu pedas, anda akan berasa perasaan euforia.

Usus anda pula akan mempercepatkan proses untuk mengeluarkan bahan yang pedas daripada perut sehingga menyebabkan cirit-birit. Air besar yang berdarah apabila makan pedas boleh terjadi jika keradangan di lapisan perut terjadi.

Namun, berak berdarah harus disiasat dengan lebih lanjut jika berlaku terlalu kerap. Punca-punca berak berdarah yang lain adalah seperti:

  • Luka akibat sembelit
  • Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
  • Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
  • Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
  • Radang usus
  • Kanser kolorektal
  • Radang usus
  • Irritable bowel syndrome

Nasihat secara am yang dapat diberi kepada anda ialah:

  • Elakkan makanan pedas
  • Sekiranya perlu makan makanan pedas, minum air susu untuk meneutralisasikan rasa pedas

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Oleh itu, saya menyarankan anda berjumpa dengan doktor jika perkara ini berlanjutan supaya soalan yang terperinci dapat ditanyakan dan ujian kesihatan dapat dijalankan. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Dikemaskini pada: Wed Sep 16 2020 16:29:24 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang sakit perut secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sakit perut disebelah kiri dan buang air besar sehingga berdarah Saya remaja berumur 17 tahun. ketika pagi saya bangun tidur perut disebelah kiri saya sakit. dan hendak membuang air besar. ketika membuang air besar, darah menitis begitu banyak. selepas itu, s… Baca lagi...
12 hari
Sulit
Ubat yg terbaik utk sakit gerd/gastrik..dan betul ke sakit ni mkn masa untuk sembuh akak berusia52 thn …baru ni tiba2 sakit dada n anxiety …gi specialist ingat sakit jntung…buat ecg n ambik darah …semua ok…doc ckp anxiety…blik rumah bru rasa mcm sakit kt ulu hati…mulut xsedap … Baca lagi...
7 hari
Sulit
Sakit perut bhagian atd sebelah kanan brhampiran tulang rusuk Sy 39thn,wanita…sy mula ada gastrik dgn tiba2 pd bln april…setelah 3 bln mendapat rawatan di klinik sy di refer ke klinik pakar.sy di berikan pantoprazole…selama 2bln.tetapi sy sentiasa diserang… Baca lagi...
24 hari
Sulit
Perut rasa tidak selesa dan sakit belakang Hi doc, saya berumur 18 tahun. Saya kerap rasa tak selesa di bahagian perut , bila saya tekan kdg kdg rasa mual kadang tak, dulu pernah rasa mcm ni pergi clinic doc cakap kencing kotor and ada s… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Sakit perut dan kembung perut Saya kerap mengalami kembung dan sakit perut. Adakah ini berkaitan dengan ubat darah tinggi amlodipine 5mg yg saya ambil setiap hari? Baca lagi...
11 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!