
nurul.asma.kamam
6 tahun
Sakit perut pada bahagian kanan
Suami saya sakit perut bahagian kanan dan segera ke klinik swasta berdekatan. Saya ingin bertanya, adakah suami saya telah dijangkiti kuman pada pundi kencing atau kerosakan pada buah pinggang. Suami saya seorang perokok tegar, dan suka minum minuman tin.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Jikalau suami anda mempunyai simptom seperti kepedihan semasa kencing dan pendarahan dalam air kencing ia boleh berkemungkinan infeksi kuman
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih