
Sulit
4 tahun
Sakit perut pada sebelah kanan dan belakang
saya wanita 20’an mengalami sakit pada bhgn sebelah kanan badan dari bahagian tulang rusuk, perut smpai ke bahagian belakang dada.bila saya tarik nafas,sendawa,bersin ianya akan berasa tajam dan muncucuk. saya juga tidak boleh baring mengiring ke sebelah kiri kerana akan rasa sakit serta saya kerap kali sendawa. saya juga tidak boleh berjalan dalam keadaan menegakkn badan. perut saya juga berasa kembung dan hilang selera untuk mkn.

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut di bahagian kanan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Keradangan tulang rusuk
Jika anda mengalami kesakitan yang semakin teruk di bahagian perut harus mendapatkan perhatian perubatan dengan segera. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih