
Sulit
3 tahun
Sakit perut pada waktu malam
salam sejahtera, saya seorang wanita berusia 21 tahun dan mengalami sakit perut pada waktu malam sudah berlaku 3 malam berturut-turut. Saya merasa tidak selesa di bahagian perut atas dan terasa seolah ada angin tersekat di tengkorok saya sehingga berasa tidak selesa. Boleh doktor tahu apa punca semua ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah sakit perut anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit perut pada waktu malam, tidak selesa di bahagian perut atas dan terasa seolah ada angin tersekat. Anda ingin mengetahui akan punca keadaan ini berlaku. Saya akan cuba memberikan maklumat sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan perkara tersebut boleh berlaku, antaranya adalah:
- Keradangan perut
- Kerdangan pankreas
- Penyakit berkaitan hati
- Ulser perut
- Diverticulitis
- Ketidakhadaman
- Pengumpulan gas
- Penyakit Crohn
- Refluks asid
- Batu karang
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar gastroenterologi kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi