
Sulit
3 tahun
Sakit perut, rasa nak muntah
hai saya umur 21, saya curious pada pukul 4 pagi tadi saya terjaga sebab rasa tak selesa perut sakit. tapi sakit bukan yang nak membuang, dia sakit rasa nak muntah. saya berpeluh sangat, masa saya berjalan nak ke bilik air saya rasa nak pengsan. adakan ini disebabkan saya stress? selepas itu, saya cuba ignore rasa sakit tu, saya pejam mata sampai tertidur and then bangun tidur terus dah ok.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah sakit perut anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang menghadapi sakit perut, mual, berpeluh dan seperti mahu pengsan. Anda ingin tahu akan punca kepada simptom yang telah berlaku dan bertanya sekiranya situasi ini disebabkan oleh stress. Saya akan cuba memberikan penjelasan dengan sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, simptom sakit perut boleh disebabkan oleh beberapa keadaan, tetapi saya tidak dapat memberi kata putus akan keadaan anda hanya berdasarkan simptom diatas. Saya memerlukan penerangan yang lebih mendalam akan keadaan anda. Dengan itu, saya hanya mampu menyenaraikan beberapa punca yang mungkin sedang anda hadapi, sebagai contoh;
- Stress
- Keradangan perut
- Keradangan usus
- Batu karang
- Penyakit buah pinggang
- ketidakhadaman
- Hernia (angin pasang)
Diatas merupakan sebahagian kemungkinan yang sedang berlaku, dan terdapat juga beberapa jenis penyakit dalam kategori penyakit ginekologi (sakit puan) yang juga boleh menyebabkan kesakitan pada perut anda, antaranya:
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
- Tumor
Anda perlu bercakap dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat bagi keadaan anda supaya rawatan yang sepatutnya boleh dijalankan.
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor atau pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan