
Sulit
5 tahun
Sakit perut selepas pembedahan apendiks
saya wanita 17 mengalami sakit perut selepas membuat pembedahan apendiks.ini berlaku apabila saya makan selepas beberapa jam perut saya akan rasa sakit sampai saya tidak selesa nk tidur lalu saya keluarkan semula makanan yang saya makan.ini kerap kali berlaku pada saya.apabila saya sudah muntahkan balik makanan yang saya makan barulah perut saya kembali ok.saya buat benda yang sama apabila perut saya sakit lagi.jadi apa patut saya lakukan doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit perut selepas pembedahan ini mungkin diakibatkan oleh kesakitan di parut pembedahan tersebut. Ianya juga boleh merupakan kesakitan yang normal kerana proses inflammasi untuk menyembuhkan usus yang dibedah dalam perut.
Jika anda mengalami gejala seperti:
- Sakit perut yang serius
- Demam
- Perut kembung
- Tiada selera makan atau tidak boleh membuang air besar
- Pendarahan daripada parut bedah
- Berak darah
Anda disarankan untuk menjumpai doktor anda secepat mungkin kerana pembukaan parut bedah atau pembocoran usus telah berlaku. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.