Sulit
5 tahun
Sakit perut seperti period pain
Hai,Doc saya hampir sebulan setiap hari akan sakit perut, seperti period pain sedang kan period dah lepas,sakit sehingga nak berjalan susah,saya susah nak ambil makanan kerana setiap kali mkn akan sakit perut sangat, saya dah pergi klinik 2 kali tapi doc yg sama cakap cuma angin atau masalah usus,cuma diberikan ubat sakit otot dan perut,masalah tetap sama,dan saya ada masalah kedatangan period cuma 3 hari,adakah ini disebab kan saya pernah buat BTL proses ikat peranakan, dah kerap sakit perut saya yang saya alami
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit senggugut di sekitar pusat seprti period pain. Sakit ini boleh didefiniskan sebagai sakit perut yang teramat sangat sehingga dapat mengganggu nafsu makan minum dan diikuti dengan gangguan berjalan dan menyebabkan anda menekan perut / bongkok selama 2 atau 3 hari.
Untuk makluman anda, sakit seperti ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Tubuh kekurangan gula
- Tabiat makan yang kurang sihat
- Gangguan saraf atau muskoloskeletal
- Gangguan saluran pencernaaan atau usus
- Sakit pasca operasi
Atau ia juga aboleh menandakan penyakit organ wanita yang lebih serius seperti:
- Penyakit endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis - Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid - Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang lebih pakar terutamanya dalam bidang pakar sakit puan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Anda masih risau tentang kesihatan anda ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!






























