Sulit
6 tahun
Sakit perut setelah makan pil perancang
Kenapa 2 hari selepas sy mkn pil perancang… Sakit dibahagian bwh perut?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami selepas pengambilan pil perancaang boleh disebabkan:
- Perubahan hormon
- Sembelit
- Masalah ovari seperti kista (cyst) ovari
- Masalah pundin kencing - seperti jangkitan kuman atau batu karang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























