Sulit
3 tahun
Sakit perut setiap hari dan sealunya akan hilang selepas mebuang air beasr
saya wanita 20’an, sejak kebelakangan ini saya mengalami sakit perut setiap hari, sakit perut itu hanya berlarutan selama satu atau dua jam sahaja dan selalunya akan hilang selepas saya membuang air besar, sakit perut saya juga tidak tetap, kadang-kadang rasa sakit di bahagian atas pusat, kadang di bawah pusat dan perut saya kerap kembung selepas makan. berat badan saya masih sama dan keluarga saya tidak mempunyai sejarah kanser, selera makan saya juga masih sama dan tiada darah dalam najis saya. apakah masalah saya doktor?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut selepas membuang air besar di bahagian atas dan bawah pusat. Anda juga mengalami kembung pada perut anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih