
Sulit
4 tahun
Sakit Perut terasa panas
Hi doktor, saya umur 27thn. Saya mengalami gejala ni bulan lepas. Bermula dri main gym… tiba2 sya lemah & badan sya sejuk peluh dan bergetar. Tp saya positif je mungkin terlampau letih. Hari seterusnya… saya mkn lalapan ayam. Dlm jam 7pm tiba2 bangun… terasa pening, jantung berdebar, sesak nafas, tiba2 peluh. Keesokkan hari… sya jumpa doktor utk terangkan masalah ini. Doktor ckap saya terkena gerd & diberikan ubat. Ubat dh hbis mkn… sakit blom sembuh lgi. Sya check lgi dgn doktor… dah buat ecg, scan, xray, dan ambil darah… semua result ok. Cuma ada result yg kluar x bgus ialah… sya ada jangkitan Bakteria Helicobacter kt dlm perut. Doktor bagi ubat antibiotik.m selama 7 hari… Masih juga belum sembuh. Saya pergi ke BMC untuk Endoscopy… doktor pakar cakap injap perut sya terbuka, ada merah2, ada asid. Lepas itu doktor pakar bagi ubat asid je. Sekarang saya mengalami sakit perut yang terasa panas. Kadang2 sebelum tidur atau baring sakit perut panas tu datang. Satu lagi doktor… selepas saya hbis makan antibiotik yg doktor bagi hari tu… saya tak normal buang air besar. Tiap2 hari saya berak air. Sekarang saya tak tau nak buat apa lagi. Apa pendapat doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda antara gejala ulser perut adalah:
- Sakit perut
- Kurang selera makan
- Penurunan berat badan
- Perut kembung
- Pedih ulu hati
Ulser yang lebih teruk boleh disertai pendarahan dan simptom lain yang boleh didapati ialah:
- Anemia
- Najis berwarna hitam
- Najis berdarah
Saya ambil maklum bahawa anda telah disahkan menghidapi jangkitan h pylori dan telah mendapatkan ubat antibiotik. Bagi masalah najis berair, ia boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan
- Reaksi alahan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.