
ajun203
5 tahun
Sakit perut tetapi tidak datang period
Saya baru sahaja bersama dengan suami saya…suami saya tidak memakai perlindungan tetapi suami pancut luar…sekarang saya masih lagi tidak datang period…adakah saya dalam situasi mengandung?atau tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pada setiap hubungan seksual tanpa perlindungan, harus diketahui bahawa air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Oleh itu, air mani pasangan anda boleh saja telah memasuki faraj anda walaupun dia belum ejakulasi atau “pancut” di dalam.
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bagi membincangkan metod lain ataupun sekiranya masih kurang 72 jam, silakan klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.