
Sulit
3 tahun
Sakit perut yang kerap pada bahagian tengah tengah perut seperti gastrik
Hi doc. sejak dua minggu yang lalu, saya kerap mengalami sakit perut yang sangat sangat sakit dan muntah beberapa kali. kadang bila terlalu sakit, kepala saya juga turut pening dan tekak rasa loya sangat. Ini bukan kali pertama, tahun lepas pun saya pernah rasa begini dan ulang alik klinik. tetapi bila rujuk hospital, hospital cakap saya cuma gastrik. jadi doc hospital suruh saya jaga pemakanan dan jangan terlalu stress. however, saya dah cuba buat seperti apa yg disarankan but still sakit. sakit dibahagian tengah2. kiri kanan takde rasa sakit kecuali jika ditekan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah sakit perut yang dialami oleh anda sehingga menyebabkan gejala lain seperti pening kepala dan loya. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Sakit perut amatlah tidak selesa dan ia boleh mengganggu aktiviti harian seseorang sekiranya tidak dirawat. Sakit perut di bahagian tengah boleh disebabkan oleh pelbagai punca dan ia memerlukan pemeriksaan lanjut.
Antara punca lazim mengapa seseorang mengalami masalah sakit perut di bahagian tengah adalah:
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Radang pankreas (pancreatitis)
Ia juga boleh disebabkan oleh punca yang lebih serius seperti kanser perut.
Selain itu, pemakanan yang melampau, makanan yang kurang bersih ataupun stres juga boleh menyebabkan seseorang individu mengalami sakit perut.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai gejala yang dialami oleh anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.