
Sulit
5 tahun
Sakit pinggang belah kanan yang berterusan
Saya wanita berumur 21 tahun. Saya selalu sakit pinggang. Terutamanya di bahagian kanan. Kadang kadang bila duduk pon tak selesa. Bila urut, bahagian yang sakit tu tak rasa. Kena tekan kuat baru rasa itu pon rasa sikit je. Rasa macam lenguh. Sampai kadang2 tak tahan lenguh tu. Bila urut tu rasa sampai pening nak muntah. Pernah dulu tiba2 je sakit pinggang sampai takboleh gerak. Kalau gerak akan rasa ngilu sampai sakit. Pendapat doctor, ada apa2 side effect ke? Saya baru je makan supplements tapi saya sakit pinggang ni dah lama semenjak umur 17 rasanya. Dan saya baru mula kerja setahun pakai heels itu pon dalam 8jam bekerja, 3jam je pakai heels.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketegangan otot pinggang - akibat pemakaian kasut tumit tinggi atau postur duduk tidak selesa
- Penyakit buah pinggang - seperti buah pinggang polisistik
- Masalah ovari - seperti ovulasi lebih, ovari terbelit, kista (cyst) dalam ovari
- Endometriosis - ketumbuhan sel lapisan rahim di ovari atau saluran air kencing
- Jangkitan saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.