
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang bila duduk dan berdiri,
saya wanita berusia 22 tahun. Pinggang saya sakit bila saya duduk dan berdiri. Dan tak boleh nak duduk lama. Bila baring sakit tu kurang, hanya sakit bila badan bergerak ke kiri atau kanan. Apa perlu saya buat untuk hilangkan rasa sakit ini??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, sakit pinggang boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Tabiat duduk yang kurang sihat
- Kecederaan pada otot belakang
- Masalah cakera tulang belakang
- Kecederaan pada tulang belakang
- Gangguan saraf
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.