Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit pinggang dah seminggu

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 14, 2020 7:37 AM

Sulit 58 hari

Saya wanita 36 tahun. Sudah seminggu saya mengalami sakit pinggang bhgn belakang. Sakit itu terasa apabila saya duduk terlalu lama dan memusingkan badan. Bahagian pinggul dan peha kadang2 merasa sakit dan tidak selesa ketika berjalan…

Dr Sri Viknarajan 58 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  1. Otot belakang yang terseliuh
  2. Ketegangan otot belakang
  3. Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
  4. Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
  • Batu karang pada saluran buah pinggang
  • Masalah pada usus

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 14 2020 07:37:26 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Adakah saya mengalami sakit buah pinggang Salam sejahtera doc. Saya lelaki berusia sembilan belas tahun. Kadang kadang saya mengalami sakit pinggang sebelah kiri. Dan ianya berlaku kadang kadang sahaja. Kebelakangan ini saya sukar untuk… Baca lagi...
56 hari
Sulit
Kebas bahagian pinggang kiri Sejak kebelakangan ini saya rasa pinggang saya rasa kebas…saya sering menahan kencing ketika saya bekerja ada kurang minum air…Dan ketika saya membuang najis ,najis saya seperti taik kambing … T… Baca lagi...
40 hari
Sulit
Sakit bahagian ginjal belah kiri Kawan saya slalu mgadu sakit bahagian ginjal kiri, dan x dpt control waktu kencing dia kdg dia x perasan pun. Umur masi 17 tahun dan bsekolah. Bole beri sdikit penerangan doktor? Baca lagi...
36 hari
Sulit
Sakit pinggang, loya dan sakit tekak saya mengalami sakit pinggang seperti period selepas seminggu period habis. dan disusuli dengan berasa loya dan angin. apakah ini bahaya? Baca lagi...
35 hari
Sulit
Sakit pinggang sampai ke punggung dan mengalami keputihan saya wanita 26 tahun. kerap mengalami sakit pinggang belah kanan hingga ke punggung. saya juga mengalami keputihan. Dan adakala nya perut saya masuk angin. Apakah kemungkinan penyakit yg sy alam… Baca lagi...
51 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi