Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit pinggang kiri dan kebas kaki

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: April 28, 2020 1:06 AM

Sulit 2 bulan

Hai dr,sy berumur 27tahun saya bekerja dalam bidang oil n gas, semalam sy ada dapati sakit pinggang dibhgian kanan, pada waktu pagi masa bekerja kemudian setelah habis waktu rehat, sy alami kebas kaki belah kanan juga, dan ianya berlarutan smpai ke pagi ni, pinggang kanan masih sakit dan kekebasan kaki kanan masih sy alami,sakit pinggang kanan ni membuatkn saya sukar untuk bergerak, sukar untuk berdiri, mahupon mengangkat sesuatu barangan daru bawah, ape kah punca nya dr? Dan bagaimana untuk saya mencegah atau merawat sebelum ianya menjadi lg parah?

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:

  • Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
  • Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
  • Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
  • Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
  • Chronic back pain
  • Saraf terhimpit atau tertekan
  • Kencing manis
  • Batu pada buah pinggang atau saluran kencing

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Apr 28 2020 01:06:31 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Sakit Pinggang dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Adakah saya mengalami sakit buah pinggang Salam sejahtera doc. Saya lelaki berusia sembilan belas tahun. Kadang kadang saya mengalami sakit pinggang sebelah kiri. Dan ianya berlaku kadang kadang sahaja. Kebelakangan ini saya sukar untuk… Baca lagi...
59 hari
Sulit
Sakit di pinggang kanan di pinggul apabila ditekan Hello doktor pada minggu lepas setelah saya selesai bermain badminton pada malam hari dan esoknya saya mengalamai sakit di pinggang kanan belakang di bahagian pinggul apabila ditekan boleh say… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Sakit pinggang/sakit perut Assalamualaikum Dr. Kelmarin, saya terasa sakit sgt di bahagian bawah perut dan terasa sakit hingga ke bahagian pinggang kanan (seolah2 ada saluran yg sakit dari pinggang kanan sehingga ke bawa… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Punca sakit menyucuk dibahagian pinggang sudah 4 hari saya rasa menyucuk di bahagian pinggang Apakah punca ? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit pinggang dan kebas kaki Hai dr, saya bekerja dalam bidang Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi