
fitrifit.ff
5 tahun
Sakit pinggang masa hamil muda
Sy hamil 5 minggu 3 hari pinggang sakit n kuar flek darah wajar ke dlm masa kehamilan muda

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap kehamilan anda. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
-Keletihan
-Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”), mual
-Payudara yang sakit dan semakin membesar
-Sembelit
-Kekejangan
-Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi / Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
-Perubahan emosi atau mood
-Mengidam pelbagai jenis makanan
-Peningkatan berat badan
-Sakit kepala , Sakit belakang, Pening, Bengkak pada kaki (edema)
-Kerap membuang air kencing
-Kesukaran untuk tidur
-Pedih ulu hati
-Kontraksi yang sederhana
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih