Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit pinggang sangat2 secara tiba2 sebelum buang air juga selepas buang air

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 9, 2020 2:27 AM

Sulit 2 bulan

Saya berumur 31 tahun…2 3 hari ni saya rasa sakit kt bhgian pinggang sblh kanan…contoh mcm sekarang…rasa nk buang air kecik…dlm pada masa yg sama…sakit tp saya gagahkan jugak ke tandas…dan selepas buang air sakit tu makin sakit yg amat…dan dlm pd masa yg sama…sy sakit perut…sy cuba cangkung tp semakin sakit…sy tahan dan sy cb utk buang air besar…yea…dlm masa yg sama semasa buang air tu…pinggang kanan saya semakin sgt sakit…najis saya cair…sakit masih lagi terasa…

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  1. Otot belakang yang terseliuh
  2. Ketegangan otot belakang
  3. Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
  4. Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
  • Batu karang pada saluran buah pinggang
  • Jangkitan pada saluran kencing
  • Masalah pada usus

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am tentang gejala yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 09 2020 02:27:11 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Sakit ari ari dan pinggang belakang Saye wanita dalam umur 21 tahun Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit bahagian ginjal belah kiri Kawan saya slalu mgadu sakit bahagian ginjal kiri, dan x dpt control waktu kencing dia kdg dia x perasan pun. Umur masi 17 tahun dan bsekolah. Bole beri sdikit penerangan doktor? Baca lagi...
35 hari
Sulit
Sakit Pinggang ketika Hamil Saya wanita berumur 27 tahun dan sedang mengandung anak pertama 19 minggu. Berat saya 73 kg dengan ketinggian 161 cm. Saya ingin bertanya, adakah normal pada usia kandungan sebegini, saya sudah … Baca lagi...
51 hari
Sulit
Sakit badan, pening dan letih saya kerap mengalami sakit belakang di bahagian pinggang, belikat dan sering mengalami lenguh seluruh badan. semasa mengalami ini, saya turut pening kepala. rasa tak larat. kenapa ye doktor? Baca lagi...
53 hari
Sulit
Sakit pinggang kiri dan kebas kaki Hai dr,sy berumur 27tahun saya bekerja dalam bidang oil n gas, semalam sy ada dapati sakit pinggang dibhgian kanan, pada waktu pagi masa bekerja kemudian setelah habis waktu rehat, sy alami keba… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi