
Anonymous
5 tahun
Sakit pinggang sebelah kanan bahagian belakang dan sakit ketika membuang air kecil
Saya wanita berusia 26 tahun dan masih bujang. 2 minggu yang lalu, saya mengalami sakit di bahagian perut dan terasa ngilu dibahagian alat sulit ketika membuang air kecil. saya telah pun pergi klinik dan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan air kencing. dan doktor mendapati air kencing saya ada sedikit darah dan terdapat pasir2 halus. Terus diberikan saya ubat antibiotik. Habis sahaja antibiotik sakit sudah mula hilang. dan sekarang sakit tu datang lagi. dan kalini saya terasa sakit pinggang kanan dibahagian belakang. bolehkah saya tahu apa punca sakit tersebut dan jalan yang terbaik untuk saya dapatkan rawatan. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan cik tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Saluran kencing tersumbat
- Ketegangan otot belakang pada bahagian kanan
- Ovari belah kanan melepaskan ovum yang boleh menyebabkan kesakitan
Rawatan untuk masalah ini adalah berbeza mengikut asbabnya. Secara amnya cik perlulah
- Kerap minum air
- Elakkan dari menahan kencing
- Ambil ubat tahan sakit jika sakit semakin kuat
Untuk mengetahui punca untuk masalah yang cik hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, cik amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.