Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit pinggang sebelah kanan di bahagian bawah pusat

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 21, 2020 3:45 PM

Sulit 37 hari

Suami saya berusia 40 tahun. Tadi selepas makan sup ayam kampung, dia kejang perut, & rasa loya nak muntah, muntah sikit. 12 tahun lepas dia warded sebab sakit batu karang, settle lepas batu karang pecah sendiri & keluar melalui air kencing. Saya sapukan minyak angin tapi dia sakit sangat & sekarang otw ke hosp. Suami saya ada diebetes yg memerlukan dia makan ubat sebelum & selepas makan. Boleh saya tahu apa sakit suami saya? Batu karang? Appendix?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 37 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai sakit atau kekejangan perut pada sebelah kanan bahagian bawah pusat serta disampingi dengan gejala muntah dan loya yang dihadapi oleh suami anda. Kemungkinan simptom-simptom yang anda perihalkan di atas boleh berkait dengan masalah batu karang dan juga penyakit kencing manis yang dihadapi oleh suami anda ataupun tidak.

Pada pendapat kami, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah yang suami mungkin tengah hadapi, iaitu:

  • Penyakit batu karang yang kembali akibat memakan makanan yang mengandungi kandungan protin atau garam tinggi.
  • Masalah buah pinggang yang boleh disebabkan oleh kencing manis yang tidak terkawal (Diabetic Nephropathy)
  • Masalah penghadaman disebabkan oleh penyakit ketidakbolehan untuk menghadam makanan tertentu.
  • Alahan makanan yang boleh menyebabkan keradangan pada usus.
  • Masalah tekanan darah tinggi akibat pemakanan. Ini boleh berkait dengan kencing manis
  • Jangkitan kuman atau keradangan pada salur buah pinggang.
  • Kekejangan otot pada ruangan pelvis atau abdomen.

Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !

Kami lebih sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai punca masalah yang dihadapi oleh suami anda. Pastikan suami anda mempunyai tekanan darah yang seimbang dan tahap gula dalam darah terkawal untuk sementara ini sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah yang dihadapi oleh beliau.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Ketahui tentang penyakit kencing manis dengan lebih mendalam. Pakar Endokrinologi boleh membantu anda.

Dikemaskini pada: Mon Sep 21 2020 15:45:46 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Tulang tentang sakit pinggang secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sakit pinggang kerana alahan? hi sy d sahkan mengandung 5 minggu 3 hari, tiada alahan lain, selain dr sakit pinggang, da 5 hari sakit, tak boleh tunduk, adakah ini normal? thanks Baca lagi...
12 hari
Sulit
Kaki lenguh dan sakit saya wanita berusia 30an. mengalami masalah kelenguhan kaki pada belah kanan, ia bermula dari pinggang hingga ke bawah kaki. apakah penyakit yg dialami saya? saya juga akan merasakan kelenguhan… Baca lagi...
58 hari
Sulit
Ultrasound KUB, apakah yang dimaksudkan Hi doktor. Saya nak tanya. Saya baru sahaja selesai ultrasound KUB. Result semua okay tapi saya belum berjumpa doktor lagi. Hanya buat ultrasound di private hospital. Apakah yang dimaksudkan “pr… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Sakit pinggul sblh kiri Saya rasa sakit pd bhgn pinggul sblh kiri sampai ke tulang rusuk. Rasa mcm ada angin terperangkap. Sakit sangat. Rasa sakit tu kdg pergi ke peha sampai betis sblh kiri. Ini adalah kali kedua sak… Baca lagi...
27 hari
Sulit
Sakit pinggang, loya dan sakit tekak saya mengalami sakit pinggang seperti period selepas seminggu period habis. dan disusuli dengan berasa loya dan angin. apakah ini bahaya? Baca lagi...
4 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!