
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang sebelah kanan Yang sangat sakit Saya dapat tahu sebab riaksi muka nenek Saya
Nenek Saya sakit pinggang sebelah kanan tertapi sakit dia sakit sekejap ada sekejap giada
Dia masalah apa.saya takutlah kehilangan dia umur dia sekerang dah nak masuk 87 tahun saya Sayang nenek Saya sebab nenek Saya Yang jaga Saya dari kecil hingga besar tolong Saya doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang nenek anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang nenek anda hadapi iaitu sakit pinggang. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan tepat kepada masalah yang nenek anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan bole dibuat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan sekiranya masalah ini berlarutan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!