
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang sehingga menyebabkan kaki sukar utk bergerak
Hi saya Sharifah, umur saya 27tahun dan baru lepas bersalin 3bulan lepas.
Anggaran 5tahun lepas saya pernah jatuh akibat main kasut roda dan bahagian pinggang/pinggul saya yang terhentak ke lantai dahulu. Jadi sejak 2tahun lepas saya mula merasakan kesakitan itu dan ia makin teruk sejak saya mengandung dan sehingga lepas bersalin. Jika saya berdiri atau duduk sekejap pun sekarang sakit itu sangat ketara sehingga kadang kala kaki saya (kiri sahaja) sukar untuk bergerak. Kadangkala saya terpaksa tumbuk bahagian pinggul saya kerana nak menggerakkan kaki. Apa patut saya buat dan apa sakit sebenar yang saya alami. Mohon pencerahan.

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang. Untuk makluman anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Sakit pinggang yang diiringi dengan kesukaran untuk kaki untuk bergerak adalah perkara yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor atau doktor pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.