
Anonymous
4 tahun
Sakit pinggang yang serius
Saya wanita berumur 19 tahun… Saya mengalami sakit pinggang tidak tahu puncanya… Dah 4 hari… Sakit pinggang saya sampai susah nak baring dan berdiri… Duduk tu pon sakit jugal tapi kurang… Knpe eah doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai masalah seperti:
- Otot belakang yang terseliuh
- Kecederaan otot
- Kemampatan cakera intervertebral
- Masalah buah pinggang
- Masalah saraf dan sebagainya
Masalah ini memerlukan konsultasi dan pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti punca kepada permasalahan ini. Diagnosis yang tidak tepat akan menyebabkan anda menerima rawatan yang tidak bersesuaian.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.