
Sulit
4 tahun
Sakit pinggul kiri tanda hamil ke?
Hai doctor… Sy nak tnya, skit pinggul kiri ada kaitan dgn simptom hamil ke? Boleh trjadi ke simptom seawal 2 minggu selepas period? Sbb sy sakit pinggul… Sengal yg amat. Kadang2 amk masa nk bangun… Mohon beri pencerahan… Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan dengan penetrasi kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi dan bergantung kepada kesuburan anda. Tanpa penetrasi, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan ataupun 2 minggu selepas terlepas kitaran haid anda.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.