
Anonymous
2 tahun
Sakit Puan, Obsterik, Kehamilan
Terima masih doktor. Saya 28 tahun, hamil.
Mlm ni tiba2 rasa mencucuk sikit di bahagian labia majora kanan. Adakah labia majora saya bermasalah?
Tambahan pula, saya rasa pedih utk buang air kecil sejak 2 hari lepas. Tapi takda keputihan atau bau pelik. Setelah minum banyak air, pedih mula berkurang. Saya juga ada membuat rendaman garam utk faraj kerana tak tahan gatal waktu paginya.
Saya risau. Adakah sakit di labia saya itu berkaitan dgn rse pedih td? Adakah rendaman garam ituu beri kesan kpd labia majora saya? Adakah ini beri kesan pada kandungan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberi, terdapat pelbagai sebab untuk masalah anda. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada salur kencing (kencing kotor)
- Kecederaan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara percuma. Terima kasih.