Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit rahang tmd dan ketap gigi

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2020 4:00 PM

Sulit 44 hari

Hello doktor, saya remaja 19 tahun, ada mengalami sakit rahang dari tahun lepas. Beberapa kali pergi doktor, certain cakap gigi bongsu, certain cakap benda normal. Mulut saya tak leh buka luas sangat (muat 3 jari ja), telinga selalu sakit, sometime gigi saya sakit, mula jadi rasa sebelah kiri ja, now dah rasa dua dua belah. Soalan saya, lately ni saya rasa setiap kali saya tidur gigi saya macam tarik gigi lain, rasa macam ketap gigi except mulut saya senget, saya dah beberapa kali rasa benda yang sama the next morning mesti sakit ja rahang tu, tapi saya tak sure boleh ka ketap gigi mcm tu atau pun just perasaan saya doktor? Ada ka keadaan macam tu? Minta penjelasan doktor

Dr Sri Viknarajan 44 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah gigi bongsu.

Berdasarkan makluman yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk pergi ke mana-mana klinik pergigian kerajaan untuk pemeriksaan lanjut. Untuk makluman anda, sekiranya Doktor gigi yang memeriksa anda mengatakan gigi anda perlu dicabut, prosedur itu akan dilakukan di klinik tersebut. Namun sekiranya prosedur tersebut tidak disediakan di klinik tersebut, Doktor akan membuat surat rujukan untuk anda ke klinik berpakar atau hospital.

Berdasarkan keterangan anda, sakit rahang yang anda alami dan masalah gigi anda memerlukan maklumat lanjut supaya kami boleh membuat rumusan.

Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.

Sila berjumpa dengan Doktor Gigi untuk maklumat lanjut tentang kondisi anda. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Oct 19 2020 16:00:28 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Bedah Mulut & Pergigian tentang gigi & gusi secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Masalah gigi. sakit ketika makan. gusi sakit Saya 27 tahun. saya tidak pernah ke dentist sejak sekolah rendah. masa sek rendah gigi saya ok.sampai lah baru baru ni gigi saya sakit ketika makan. gusi saya sakit. gigi taring saya sakit berde… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Gigi berlubang Dan Belum melakukan rawatan akar Gigi saya sepatutnya dilakukan rawatan akar namun disebabkan kecuaian saya dengan mengambil remeh tentang HAL tersebut.Gigi hadapan saya berlubang teruk Dan tinggal separuh.Mungkin lebih Kecil.S… Baca lagi...
23 hari
Sulit
Gigi geraham dicabut Saya baru sahaja mencabut gigi geraham jam 330 tadi,faktor gigi separuh pcah dan sakit,jadi doc bagi pilihan cabut atau rawatan akar,selepas cabut smpai sekarang terasa amat sakit ,wlaupon trlah… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Gigi bongsu tumbuh terlalu lama sehingga menjejaskan gusi Saya berumur 17 tahun…gigi bongsu saya telah tumbuh semenjak tahun lepas iaitu ketika 16 tahun…pada awalnya saya menganggap ianya perkara biasa jika tumbuh gigi bongsu akan berasa sakit dan lama… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Masalah gigi dan gusi Saya wanita berumur 27 tahun, sebelum ni saya pernah mecabut gigi bahagian bawah sebelah kanan bahagian belakang dimana . Waktu itu doktor cabut dan membuat pembersihan dan tampak 2 biji gigi di… Baca lagi...
8 hari