
Sulit
3 tahun
Sakit sedikit di dada tengah melebihi seminggu
sakit sedikit di tengah2 dada dan tiada tanda2 sesak nafas,tiada batuk atau sakit2 di bahagian lain.adakah ini ada kiatan dengan jantung?.boleh kah saya menerima vaksin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit dada boleh menimbulkan kebimbangan. Ini kerana ia boleh disebabkan oleh serangan jantung. Namun, gejala sakit dada boleh disebabkan oleh masalah lain selain daripada masalah jantung. Antaranya :
- GERD (asid refluks)
- Gastritis
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Inflamasi pada tulang rusuk
- Pleutiris
- Jangkitan paru-paru
Mengenai soalan anda tentang vaksin, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk memastikan anda berada pada tahap kesihatan yang baik sebelum mengambil vaksin. Sekiranya anda mengalami gejala sakit dada yang teruk bersertakan sesak nafas, berpeluh secara berlebihan dan dengupan jantung laju, anda perlu merujuk kepada hospital berdekatan dengan kadar segera.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.