
Sulit
3 tahun
Sakit selepas haid di bahagian kiri
Saya sakit di bahgian kiri selepas keluar haid . Dan sometimes saya akan terjadi macam ini selepas keluar haid, saya ingat senguggut tapi dia berterusan .Macam kadang -kadang dia akan jadi sakit.Kadang-kadang okay. Macam cramp .
Tapi tidak mengganggu rutin harian saya . dan sakit itu tidak terlalu kerap datang ,ada masanya dia akan datang sakit .
Saya juga sudah amik ubat tahan sakit tapi masih tidak ada perubahan
Adakah ini tanda-tanda penyakit fibroid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit pada bahagian kiri selepas haid. Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:
- Divertikulitis
- Penyakit Crohn
- Ketidakhadaman
- Penyakit hernia (angin pasang)
- penyakit batu karang
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
- Fibroid
- Kanser
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan