Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit seluruh badan secare tiba tiba. Rasa lemah dan panas seleruh badan. Tp tidak batuk atau sesak nafas

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 22, 2021 6:51 PM

Sulit 42 hari

Sye sabrina umor 23 scare tibe tibe terase bisa seluruh badan. Suhu badan menjadi panas mendadak. Tp tidak batok sesak nafas atau sakit kple

Dr Sashini Seeni 42 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 susulan wabak COVID-19 yang masih merebak di negara kita. Lebih-lebih lagi apabila bergejala seperti sakit badan, rasa lemah dan panas seluruh badan.

Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:

  • Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
  • Keletihan
  • Batuk
  • Lenguh dan sakit sendi
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Kesukaran bernafas

Akan tetapi, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan lain , termasuklah:

  • radang tonsil
  • radang sinus
  • dehidrasi
  • cuaca panas
  • jangkitan virus/kuman

Gejala ini sukar dibezakan samada gejala COVID-19 atau gejala penyakit lain. Oleh itu, ujian saringan perlu dilakukan. Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)

Anda boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). untuk maklumat lanjut.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19 di rumah, secara pandu lalu atau di klinik.

Dikemaskini pada: Tue Jun 22 2021 18:51:26 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19