Sulit
4 tahun
Sakit sendi & kitar haid x teratur
Selamat malam , sya remaja brumur 16thun…sya mnglami sakit otot/sendi pada bhgian pinggang kiri kanan, lutut & leher brmula pda awl tahun . sya seorang atlet netball…sya risau jika kesan smpingan dripda sukan itu…sya juga mnglmi haid x teratur sejak tahun lepas pada julay . selalunya saya akan haid tiap bulan ttpi mula julay 2020…btukar kpdaa selang 1,2,3bulan dn skrg sya blm period dri bulan Februari . sya risau dr . apa yg patut sya bwt ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid yang tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sakit sendi tersebut mungkin berpunca daripada:
- Ketegangan otot
- Tidak melakukan regangan sebelum dan selepas bersukan
- Masalah saraf
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat terhadap anda dan juga rawatan akan diberikan kepada anda sekiranya perlu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























